Jam menunjukkan pukul 6.44 PM bersamaan dengan hari Isnin, 16 Februari 2009.
Aku baru je balik kerja, letih sangat tapi bukan dengan kerja. Tapi dengan perjalanan balik dari office ke rumah. Naik motor dan jaraknya pula dalam 60KM pergi dan balik. Letih memang letih, ditambah pula dengan minyak motor yang perlu diisi setiap hari atau selang sehari.
Oh ya. Lama sangat aku tak menulis blog. Sudah 3 tahun!. Bila aku baca balik posting-posting aku sebelum ni, aku rindu dengan penulisan aku yang lama. Macam mana aku tergerak nak tengok blog aku balik? Sebabnya company aku ada inisiatif untuk mengadakan kelas bahasa inggeris untuk pekerjanya atas sebab untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris dalam pekerjaan. So, kebetulan pula, traineer yang mengajar tuh minta semua peserta untuk create blog untuk letakkan segala assignment di dalam blog tersebut.
Then, dijadikan cerita aku godek-godek blog aku teringat yang aku pernah buat blog dulu. Itu sebab aku mencari dan jumpa juga akhirnya, macam sirih pulang ke ganggang :).
Anyway, ada banyak benda aku nak ceritakan pasal life aku ni, tapi buat masa ni biarlah aku lakukan satu-satu.
Insyallah, aku post lagi bila aku masa dan rajin. :)
Labels: Pertama Kali...